Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

#Trending

Wanita Malaysia Ini Menemui Teknik Terbaru Meramal Kilat Selepas 200 Tahun

Editor
26 Mar 2018, 06:36 AM

selepas 200 tahun, wanita malaysia ini menemui teknik terbaru meramal kilat

Macam tak percaya kan? sebaris seperti tokoh saintis terkenal, Robiah Ibrahim menjadi wanita pertama dalam sejarah menemui teknik terbaru untuk meramal kilat selepas 200 tahun.

Seorang jurutera wanita kelahiran Johor, Robiah Ibrahim berjaya mendapatkan jalan penyelesaian bagi menghalang kilat daripada menyambar bangunan-bangunan moden dan berbentuk rumit walaupun rod kilat telah dipasang.

Malangnya, ahli akademik tempatan dalam bidang perlindungan kilat menolak penemuan Robiah dengan alasan dia tidak mempunyai kelayakan pascasiswazah mahupun pengalaman makmal. Akan tetapi, seorang ahli akademik merangkap pakar kilat dari Australia, Profesor Mat Darveniza yang menghadiri satu persidangan ketika pembentangan Robiah mengiktiraf penemuan itu sebagai satu kejayaan saintifik yang penting.

Menurut Hartono Zainal Abidin seperti dalam New Straits Times, Robiah terbabit dalam penyelidikan mengenai kilat pada tahun 1995 apabila dia menulis bersama penyelidikan sulungnya, “Satu Kaedah Untuk Mengenal Pasti Lokasi Kilat Pada Struktur” yang dibentangkan di persidangan teknikal antarabangsa yang diadakan di bandar. Kaedah yang dijumpai Robiah yang kemudiannya dikenali sebagai Kaedah Collection Surface (CSM), adalah berdasarkan kepada kerosakan bangunan akibat kilat.

CSM berjaya meramalkan kawasan yang berkemungkinan disambar kilat agar rod kilat dapat dipasang dengan tepat, satu teknik yang belum dibangunkan oleh para saintis sebelum ini. Tulis Hartono lagi, Profesor Mat Darveniza dari Universiti Queensland itu bukan sahaja mengiktiraf penemuan Robiah, malah mencadangkan bahawa CSM membentuk asas kaedah peletakan rod kilat yang baru bagi bangunan bertingkat yang moden dan kompleks.

Cadangan Darveniza menjadi realiti pada tahun 2003 apabila prinsip-prinsip CSM dimasukkan dalam standard perlindungan kilat Australia, AS1768 yang menjadikan Robiah wanita pertama dunia membangunkan kaedah penempatan rod kilat yang baru selepas penemuan kaedah 200 tahun lalu.

Pada tahun berikutnya, CSM digunapakai di Malaysia selepas Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi meluluskan piawaian antarabangsa sebagai standard perlindungan kilat Malaysia yang baru, MS-IEC62305. Pakar Eropah menyatakan bahawa CSM boleh menyediakan perlindungan 98 peratus terhadap serangan kilat langsung jika digunakan dengan betul.

Kredit - menara.my

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us