Nampak gayanya ramai orang minat warna merah jambu ya, sebelum ini ada yang minat sangat dengan warna pink sampai sanggup memilih hidup sebagai Barbie. Kalau dah minat, memang sanggup buat apa sahaja!
Begitulah kisahnya tentang wanita yang minat sangat dengan warna pink sampai mengubah suai rumah dengan warna itu.
Maria Alison, 29 dan tunangnya, Aaron Mordey, 30, membeli rumah itu pada tahun 2019 dan telah mengubah suai rumah itu.
Pasangan tersebut turut memiliki motosikal berwana pink. Wah! Sampai tahap itu sekali!
“Ia perkara yang aneh. Saya seorang wanita yang kasar. Saya suka kereta. Saya tak suka benda-benda yang kebiasaannya menjadi minat wanita lain.
“Tapi tak tahu kenapa saya suka warna pink. Saya ada almari baju yang khusus untuk pakaian warna pink sahaja,” kata Maria.
Tambahnya lagi, rumah tersebut sebelum ini dicat warna kelabu sebelum dia dan tunangnya berpindah masuk sekitar dua tahun lalu.
Sumber: Daily Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.