
Haji merupakan Rukun Islam yang kelima dan ditunaikan bagi mereka yang berkemampuan. Pasti seronok seandainya dijemput untuk menjadi tetamu Allah swt untuk mengerjakan ibadat ini.
Wany Hasrita antara individu yang bertuah kerana dapat menunaikan ibadat haji pada tahun ini. Lebih bertuah apabila dia dijemput untuk menjadi tetamu khas kepada kerajaan Arab Saudi.
Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 26, mengakui masih terkejut dengan jemputan tersebut kerana peluang itu datang beberapa hari sebelum ini.
Penyanyi yang baru mengeluarkan single berjudul Terlalu Memuja itu akan berlepas pada 7 Ogos dan kembali pada 16 Ogos ini.
“Alhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur atas peluang yang diberikan olehNya. Dalam masa yang sama, saya masih rasa tidak percaya sebab peluang ini datang di saat-saat akhir.
“Sebenarnya saya tidak ada perancangan pun mahu mengerjakan haji tahun ini. Niat mahu ke sana memang sudah lama ada, tetapi tidak sangka pula rezeki datang tahun ini pada saat-saat akhir.
““Allah sangat menyayangi saya. Dia beri peluang datang ke rumahNya tanpa saya sangka. Terima kasih kepada pihak kerajaan Arab Saudi kerana memberikan saya peluang ini.
“Saya anggap rezeki ini satu jemputan istimewa dan hadiah paling berharga dalam hidup saya,”
Wany akan mengerjakan haji bersama rakan artis yang rapat dengannya iaitu Amira Othman. Ini kali pertama dua selebriti muda itu akan mengerhakan ibadat haji.
Sumber: Utusan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.