
Wonderpark Melaka adalah taman tema keluarga tertutup terkemuka yang terletak di aras 2 di The Shore Shopping Gallery Melaka. Wonderpark Melaka menggabungkan elemen hiburan dan pendidikan serta menawarkan pelbagai jenis 30 lebih permainan dan aktiviti. Setiap pengunjung yang hadir pasti akan teringat-ingat pengalaman yang istimewa mereka lagi-lagi bersama ahli keluarga.
Wonderpark Melaka menyasarkan untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu tarikan pelancong terbaik di Melaka, meningkatkan pengalaman pengunjung seiring kempen Melawat Melaka 2024. Dengan hanya satu tiket sahaja, pengunjung boleh bermain dengan semua permainan yang tersedia. Ini antara aktiviti wajib yang anda harus rasai, sekali main tak puas!
KidZone Giant Playland

Family Area

i-HERITAGE
Selfie Museum

Color Alive

Game Zone

Theatre
Action Play
Café

Wonderpark Melaka beroperasi setiap hari kecuali hari Selasa bermula pukul 10.00 pagi hingga 9.00 malam. Harga kemasukan yang sangat berpatutan iaitu RM25 bagi kanak-kanak dan dewasa untuk hari minggu, hujung minggu pula RM30 bagi kanak-kanak dan dewasa.
Wonderpark Malaysia juga menerima kemasukan secara berkumpulan seperti rombongan sekolah dan menawarkan pakej sambutan ulang tahun.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.