Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2025
Pendidikan
Tarikh : 28 Nov 2025 -07 Dec 2025
Hari : Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu
Lokasi : Pusat Konvensyen Setia CIty
Target Penonton : Umum
Masa : 10.00 pagi -10.00 malam
Individu Untuk Dihubungi : Norhasdiana Anwar
Nombor Telefon : 0355197667
Email : [email protected]
Laman Web: https://sibf.my
Harga Tiket : PERCUMA
PESTA BUKU ANTARABANGSA SELANGOR 2025 (SIBF 2025)
Tarikh: 28 Nov – 7 Dis 2025
Masa: 9.00 pagi – 10.00 malam (setiap hari)
Tempat: Setia City Convention Centre, Dewan 1 & 2, Shah Alam
Terokai ribuan judul, bertemu penerbit & penulis, sertai bual bicara, bengkel dan aktiviti mesra keluarga.
🎁 Cabutan Bertuah Harian: RM500 untuk 10 pemenang setiap hari. Setiap perbelanjaan RM30 = 1 penyertaan.
Kupon Inisiatif Belanjawan 2025
Pendidikan
Tarikh : 03 Dec 2025 -31 Dec 2025
Hari : Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu
Lokasi : jendeladbp.my
Target Penonton : Umum
Masa : SEPANJANG MASA
Individu Untuk Dihubungi : Nur Eleena Farihin
Nombor Telefon : 03-2147 9558
Email : [email protected]
Laman Web: jendeladbp.my
Harga Tiket : Kupon percuma untuk ditebus seluruh warga negara Malaysia.
Kami ada berita baik untuk anda khusus untuk warganegara Malaysia.
Ayuh, dapatkan Kupon Inisiatif Belanjawan 2025 bernilai RM200.00 !
Dengan kupon ini, anda boleh membaca pelbagai bahan bacaan digital terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang pastinya bermutu tinggi seperti kamus, buku, ensiklopedia, glosari istilah dan majalah. Turut tersedia buku audio yang pastinya akan menambahkan pengalaman pembacaan anda.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Tebus kupon anda melalui JendelaDBP di https://jendeladbp.my/
Ingat buku. Ingat DBP.
PELANCARAN TAHUN MELAWAT JOHOR 2026 DAN FESTIVAL BUDAYA MALAYSIA 2025
Karnival
Tarikh : 11 Dec 2025 -14 Dec 2025
Hari : Ahad, Khamis, Jumaat, Sabtu
Lokasi : DATARAN BANDARAYA JOHOR BAHRU
Target Penonton : Umum
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah malam
Individu Untuk Dihubungi : Mardy JF
Nombor Telefon : 072249960
Email : [email protected]
Laman Web: https://tourismjohor.my/
Harga Tiket : PERCUMA
Tahun Melawat Johor 2026 bakal lebih meriah dengan Pelancaran Tahun Melawat Johor 2026 dan Festival Budaya Malaysia 2025 anjuran bersama Tourism Johor dan Kementerian Pelancongan, Budaya & Seni Malaysia yang akan berlangsung pada 11 hingga 14 Disember ini di Dataran Bandaraya Johor Bahru.
Acara yang diadakan selama empat (4) hari beroperasi seawal 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian aktiviti antaranya pameran interaktif budaya & pelancongan, persembahan kebudayaan, gerai jualan dan pameran daerah, sajian Johor, persembahan artis, orkhestra dan banyak lagi.
Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan kemeriahan Pelancaran Tahun Melawat Johor 2026 dengan pertunjukkan drone serta persembahan Zapin Mehlah Johor yang mempesonakan pada 12 Disember 2025.
Perkhidmatan ‘shuttle bus’ secara percuma turut disediakan.
Jangan lupa temu janji kita, penuhi masa terluang anda bersama keluarga dan rakan-rakan sambil berhibur dengan pelbagai kemeriahan sepanjang empat (4) hari acara berlangsung di Dataran Bandaraya Johor Bahru!
Info lanjut, layari sosial media Tourism Johor.
PROGRAM BUKU, KOPI & KOMUNITI@LANGKAWI
Pendidikan
Tarikh : 11 Dec 2025 -12 Dec 2025
Hari : Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu
Lokasi : Warung Nasi Dagang Pak Malau, Langkawi Kedah
Target Penonton : Umum
Masa : 9.00 pagi - 9.00 malam
Individu Untuk Dihubungi : Marasida a/p Omar
Nombor Telefon : 0326871876
Email : [email protected]
Laman Web: https://www.pnm.gov.my
Harga Tiket : percuma
Mai ramai-ramai hadir ke Program Buku, Kopi & Komuniti@Langkawi!
Mai kita meriahkan suasana sambil menikmati kopi, buku dan aktiviti untuk seluruh keluarga. ☕📚✨
💛💚 Apa yang menanti?💛💚
🏷️ Jualan Rahmah yang mesra poket
🍛 Kenduri Rakyat yang mengeratkan
🎤 Ceramah & Bicara Agama yang menenangkan jiwa
📖 Bacaan santai untuk pencinta buku
🎯 Aktiviti didik hibur untuk semua lapisan
🎮 Aktiviti E-Sport untuk semua lapisan masyarakat
🖼️ Pameran agensi yang membuka minda
Dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 9.00 malam di Warung Nasi Dagang Pak Malau pada 11-12 Disember 2025.
Burung murai hinggap di titi,
Berkicau manja waktu pagi,
Pakat mai memeriah komuniti,
Buku dan kopi memang kena sekali.
KARNIVAL PUTRA@SAWAH SEMPADAN, TANJONG KARANG BERSEMPENA PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI UPM
Karnival
Tarikh : 13 Dec 2025 -14 Dec 2025
Hari : Ahad, Sabtu
Lokasi : SAWAH SEMPADAN, TANJONG KARANG, SELANGOR
Target Penonton : Umum
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Individu Untuk Dihubungi : MUHAMMAD MUHSIN NOOR AZMI
Nombor Telefon : -
Email : [email protected]
Laman Web: -
Harga Tiket : PERCUMA
UPM melaksanakan program field-based outreach di Sawah Sempadan bagi membawa pakar universiti terus ke lapangan Program ini memberi fokus kepada teknologi pertanian moden agro-makanan kesihatan komuniti agro-pelancongan serta pembangunan komuniti. Aktiviti berbentuk pameran konsultasi bengkel dan demonstrasi dilaksana bersama agensi setempat
Ringkasan Agenda Hari Pertama (13 Disember 2025)
7.30 pagi: Langkah Sihat@Sawah Pertandingan komuniti: INOKREATIF (bunga plastik & kiub guna semula), karom (64 kumpulan), memancing (700 peserta), mewarna (50 kanak-kanak). Pameran UPM (8.30 pagi–4.30 petang): Fakulti & institut UPM, PKPP, WAZAN, Alumni, Bas Pengembangan & eDU-PARK. 9.00 pagi: Majlis perasmian & sesi pemindahan ilmu (Pencegahan Denggi & Bahaya Merokok). Petang: Cabutan bertuah, Kuiz Agro, Sukan Rakyat, demonstrasi Kokedama & pembuatan silaj.
Hari Kedua (14 Disember 2025)
Pertandingan: Gusti Lengan ‘Kampung Style’, Makanan Warisan (Masakan Jawa & pencuci mulut ubi kayu). Aktiviti: Cabutan bertuah, Kuiz Agro Interaktif. Demonstrasi: DIY Jem Nanas (PKPP) & Masakan Tempatan.
Temuduga Pengambilan Pelajar Baharu Sesi 2026
Pendidikan
Tarikh : 20 Dec 2025 -29 Dec 2025
Hari : Ahad, Isnin, Sabtu
Lokasi : Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT), KM14, Jalan Kelantan, Kampung Tok Jiring,
Target Penonton : Umum
Masa : 8.30pg - 12.30 Tengahari
Individu Untuk Dihubungi : Ahmad Izzuddin bin Yusof
Nombor Telefon : 096670102
Email : [email protected]
Laman Web: http://mttdaruliman.edu.my
Harga Tiket : PERCUMA
Pengambilan Pelajar Baharu Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman (MTT) bagi sesi 2026 kini dibuka untuk pelajar harian (berulang) dan juga asrama.
Pengambilan terbuka dari usia 12 Tahun (Tahfiz Sepenuh Masa), Tingkatan 1 - 5 (Tahfiz dan Akademik) serta Tingkatan 6 (Sijil Tinggi Agama Malaysia)
Lengkapkan borang permohonan dan hadir pada mana-mana tarikh temuduga antara jam 8.30pg - 1.00 tengahari.
Sila bawa bersama dokumen yang dinyatakan pada portal permohonan.
Borang Temuduga :
http://emohon.mttdaruliman.edu.my
Tarikh Temuduga :
20 - 22 Disember 2025 (Sabtu - Isnin)
27 - 29 Disember 2025 (Sabtu - Isnin)
Pertanyaan Lanjut :
011-2554 7398
Media Rasmi MTT :
http://mttdaruliman.edu.my
Tiktok @mttdaruliman
Program Derma Darah
Derma Darah
Tarikh : 27 Dec 2025
Hari : Sabtu
Lokasi : Lobi, Hospital Pakar Annur,Bandar Baru Bangi
Target Penonton : Umum
Masa : 27/12/2025
Individu Untuk Dihubungi : Noor Aishah Mustafa
Nombor Telefon : -03-8923 5582
Email : [email protected]
Laman Web: https://annurspecialisthospital.migh.com.my/
Harga Tiket : percuma
Hospital Pakar Annur akan mengadakan program derma darah pada 27 Disember 2025 dari jam9 pagi hingga jam 2 petang bertempat di Logi Hospital Pakar Annur. Semua dijemput hadir.
Untuk maklumat lanjut mengenai acara-acara ini dan lain-lain acara komuniti dan gaya hidup seluruh Malaysia, sila hubungi
03-9543 8888 atau lawati
gegar.syok.my
Jika anda ada sebarang maklumbalas atau ingin menghantar maklumat acara, sila e-mel kepada kami di
[email protected] atau faksimili di talian
03-9543 5675.
Semua aktiviti yang disiarkan melalui Zon Aktiviti adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.
Nota: Aktiviti yang dihantar akan diluluskan oleh panel garis panduan Zon Aktiviti dalam tempoh 3 hari bekerja.